RUMAH CINTA

Daisypath Anniversary tickers

~ DISCLAIMER ~

Please do note that this is a personal web-log. Views expressed here are of my personal views. Usage of any personal photos & posts are prohibited and are not allow to copy , paste , show & publish any photos & posts taken from this web-log anywhere without my consent & permission. If so I have the rights to render the person , group & in short anyone posting / publishing / showing / pasting / copying them liable to legal action or prosecution. Thank you.

Monday, November 29, 2010

New Castle : Day 3 - Tok Habih Berayo Lagi Weh!!!


Hari ni breakfast MiGor.......tak nak makan banyak coz nanti nak makan , makan & makan lagi.


Plan-nya nak ke Kuala Besut......we have to meet Kak Rahimah & husband in Bachok coz diaorang yang tahu rumah uncle my dad ni. Sampai Bachok , Kak Rahimah suruh kita semua pergi rumah anak dia Rohayati kat Jelawat for lunch. MP standard laa.....mula mengarok lagi.....katanya nak ke Kuala Besut , ni dah nak ke Jelawat pulak. I faham MP , he's a well organized person unlike my dad & my family , we go with the flow......sebabnya we're on a holiday bukan-nye we're on a business meeting ke apa. Tapi MP is not used to perubahan agenda macam ni. 10 tahun dengan my family , tak faham-faham jugak. Kalau balik Kelantan or Taiping , memang telinga I menanah laa kena dengar complaint from MP about my family. I orang tengah , susah.....kiri partner , kanan parents........

Sebab tu kalau I nak pergi holiday ke destinasi lain-lain.......from the start I kena buat vacation quotation & submit it to MP. Yes.....funny to some of you but that's how it is with MP. Kena submit budget hotel & etc......Buat itinerary.......route yang nak diguna to reach the location.....jam sekian pergi mana , nak makan kat mana & etc.....satu sudut bagus *sebab I dah biasa.....huhuhu!* , satu sudut lagi.....cam remeh laaa.....MP tu bukan apa.....kalau I dah submit budget RM5,000......he knows that he has to prepare RM6-7,000 for the vacation. He's right in a way cuma kadang lemas laa......

Alah.....tak ambil pulak gambar tuan rumah.....gambar rumah je yang I ambil. Masa kita semua sampai , tuan rumah tengah sibuk memasak. Rohayati & husband Daud ni cikgu sekolah kat Jelawat.......katanya the house was built with only RM300,000 plus tanah! Syok-nye....kat KL cuma dapat rumah teres je......choi!


View depan rumah.......padi fields.....



Borak-borak......sambil tunggu lunch......


While waiting for lunch........My SIL Yatie - Yna & brother Ramos.


The kids in the family , Yna (9) - Ian (7) - Izat (5) - Adriel (2)


More pics around the house......


Finally,,,,,lunch is served. This mix tribe dish is one of my fav especially ada perut muda or perut susu. They call it 'Nyicah'.....


After lunch the kids were given ice-cream batang ni.....flavour bubur kacang........check out their expression.....


Hahaha.........memang tak biasa makan.....


Apapun TQ to Cikgu Yati & Cikgu Daud for inviting us for lunch today.



Next house , we headed to Kampung Jelor , Pasir Puteh........rumah anak saudara my dad , Kak Rahmah. Diaorang ni pangkat anak sedara & bapak sedara tapi umur sama! Hadoiiii!

Husband Kak Rahmah pun cikgu jugak , we call him Cikgu Daud dari dulu sampai sekarang walaupun dia dah lama retire. Guess once a teacher , always a teacher. Macam my mom , sampai sekarang kalau dia balik Taiping , neighbours & kawan-kawan dia kat sana tetap panggil dia Cikgu Rose. Now my turn,,,,,bila I pergi mengajar koir DBP , MAHA , Matrade , Unitar & etc.....they addressed me as Cikgu Rima......hmmmm.......nice. Tapi..........I nak Dr. Rima , hehehe! Cam ne tuh????

Well , I ada simpan hajat nak sambung belajar , buat degree , masters & PhD in vocal/performing arts or bidang yang seangkatan dengannya....Kak Siti encouraged me to do so. Kata Kak Siti buat part time course pun tak pe,,,,,,tapi,,,,,,MP tak supportive about the idea of me nak sambung belajar. Reason dia , anak-anak siapa nak jaga.........hmmmm......I have many friends yang tengah sambung belajar kat Aswara , Universiti Malaya & etc. Diaorang buat Masters & PhD in tarian & ikut bidang masing-masing.........nanti grad dah dapat doctorate. Boleh laa add Doctor kat depan nama. Tak dapat jadi medical doctor , dapat doctor falsafah pun OK laa , tak dapat doctorate , dapat doctor pun jadi lah.....wahhhh! Hahaha!

Rasanya kena lah I pendam hajat tu jauh-jauh,,,,,mana tahu in future dapat partner yang memahami.......eh!!! did I just wrote dapat partner yang memahami????? owh....ya...I did *wink*.


Back to my visit to rumah Cikgu Daud.....In KL we're constantly in touch with one of his son , Ri. Raya ni Ri balik Kelantan dengan wife & kids tapi kitaorang selisih.......he had to go see his mother in law.


Hmmmm........sihat member dapat tidur.


Borak-borak & akhirnya...........tak jadi ke Kuala Besut! Sebab? According to Kak Rahmah *alah,,,,tak ambil gambar jugak*, uncle my dad tu dah kahwin baru so dia tinggal kat rumah isteri baru dia. Yang tahu rumah isteri baru uncle my dad tu is his daughter. Nak jadi cerita , anak uncle my dad tu was not in town , dia pergi Haji. Huhuhu.........orang yang paling gumbira is MP of course.

Alhamdulillah , visit ke rumah Kak Rahmah kali ni dapat jumpa Kak Timah *adik Kak Rahmah* - Kak Ros *anak Kak Rahmah* - Abang Wan *menantu Kak Rahmah* - Fadhil *anak Kak Rahmah* & cucu-cucu Kak Rahmah.

Next!

Huuhhhhh! Jalan lagi. We're heading to Bukit Tanah in Semerak , still dalam kawasan Pasir Puteh. Sini kampung my late grandma. Dulu kecik-kecik masa my grandma Siti Mas Minah or Wo Minah to us masih ada , wajib balik sini. Lepas Wo Minah meninggal , balik sini jugak sebab abang tiri my dad , Abang Che Mat tinggal kat Bukit Tanah ni. My father memang close dengan abang tiri dia ni. Masa Yna umur 6 bulan , it was the last time I met the old man , Ayoh Che to me.

Bunyi-nye memang complicated & memening-kan kepala. Sementara my dad masih ada ni , baik I buat family tree family dia. Siapa anak siapa & etc. To my dad , dia ada 3 abang sulong. 2 orang dah meninggal & sorang masih hidup and he's close with all three in 3 different ways!
  1. Abe Derame aka Deraman - lived in Kampung Awah , Temerloh , Pahang. Dah meninggal. Anak sulong from my grandpa's first marriage.
  2. Abe Che Mat - lived in Bukit Tanah , Pasir Puteh , Kelantan. Dah meninggal. Anak sulong from my grandma's first marriage.
  3. Abe Ghoni aka Ghani - living in Bunut Payong , Kota Bharu , Kelantan. Masih hidup. Anak sulong from my grandpa & grandma's marriage.
So Kak Rahmah yang kita pergi melawat tadi is anak arwah Ayoh Che aka Abe Che Mat.......kalau u guys tak faham,,,,,,nvm.....I pun confuse jugak sometimes.

Rumah kuning dalam gambar ni is rumah anak sulong arwah Ayoh Che , we call him Abe Mamat. MP dubbed him Osama , because of his janggut. Dari MP mula kenal Abe Mamat dia dah nicknamed him Osama. Senang untuk dia ingat.


Masa sampai , Abe Mamat tak de kat rumah. Lepak-lepak around the house , ternampak pulak buku latihan tersangkut kat atas pokok!


Kat kawasan rumah ni banyak pulak haiwan peliharaan.........Adriel's first time touching a kitten. Dia berani , tak macam Yna.


Ada burung puyuh dalam reban. Jenuh nak pujuk Adriel sebab dia mengarok nak-kan telur burung puyuh tu.....dia cakap 'nak BOL.......nak BOL'. Then ada jugak burung merbok.


Tak sah laa kalau burung merbok tak diletak dalam sangkar macam ni kat Kelantan. Famous kat sini ada pertandingan suara burung merbok. But I was told that the merbok is not for competition , saja bela je.


Rumah biru dalam gambar ni is rumah arwah Ayoh Che. Sekarang one of his son's living there. Akhirnya.....Osama balik dari kerja. Dia pergi cari rumput.......untuk apa?


Untuk lembu-lembu dia.......Osama ni tokey lembu kat kampung ni. Few years ago , lembu dia was chosen for a cattle competition in Perlis , dapat 3rd place.


The guy in white is his younger brother , Abe Azmi. Dia laa yang duduk kat rumah arwah Ayoh Che with his wife & 8 kids! Yes.....8 kids!


Minum petang kat rumah Osama.......he is still single. Harap-kan anak-anak sedara to do the house chores for him :-)


Adriel pergi belakang rumah Osama and found a basket ball....of all things!!!


Ni siput yang dikutip dari bendang. A local version of escargot laa....hehehe!


Macam orang perak laa kita semua dok tengok anak sedara Osama menyiang siput-siput sawah tu....


Another anak sedara my dad baru sampai , Abe Udin. Dia kena pakai spek Pancasitara tu sebab baru buat operation mata.


Then it's sedut asap session for the guys........MP with daun rokok.


Osama ni rajin tanam tembakau jugak. The family ada barn tembakau. Tu dia.....ni bukan ganja aaaa......ni tembakau tulen.


Rokok daun in the process.........


Town-boy taking a puff........hok! hok! hok!......keras katanya......don't ask me , I sik tauk camna rasanya.


Lama jugak kat sini.........and finally it's time to leave........


My dad aka Pok Su Sidi with his nephews.

Next!

Yessssssssss......ada next house lagi.........Moh kite!


Ni rumah Pok Ngoh Ghoni/Ayoh Ngoh to us. Abang sulong/abang kandung my dad kat Bunut Payong , Kota Bharu. Landmark rumah dia senang coz it's tepi jalan besar Bunut Payong ke KB, plus ada papan tanda PAS ni kat sebelah rumah dia.


Rumah Ayoh Ngoh ni ada influence Arab sikit.....kusyen-kusyen semua ke dinding & kat lantai.....Why macam tu? Sebab dia banyak travel ke Negara-Negara Timur Tengah. MP & my brother ada sikit azab laa duduk kat lantai ni.....hehehe!


Lady in black jubah is my auntie Mak Ngoh Zarrah, wife Ayoh Ngoh. Lady in blue is anak Ayoh Ngoh , Adawiyah.


FYI , my uncle ni syeikh haji.....selalunya dia bawak jemaah haji ke Mekah tapi tahun ni dia banyak buat trip pergi Umroh & Ziarah. Ramadhan baru ni sebulan lebih dia kat Mekah. Walaupun this is his job , being a religious person,,,,,,kepala best. Very open minded.


My auntie pujuk MP to stay for dinner. Bukan pujuk my dad but MP! Duhhh!!!! More or less diaorang dah faham perangai MP. Dah lama tak masuk dapur,,,,,,,,malam ni I siang daging korban. My uncle siap asah pisau kasi tajam lagi....


Mak Ngoh Zarrah buat Singgang Daging........best.....MP also requested for Daging Goreng. Mak Ngoh cakap tu Daging Goreng Bodoh.....hehehe! Kalau Mak Ngoh ikut Ayoh Ngoh ke Mekah during Umroh , she will do the cooking for everyone. She's a good cook. Dulu masa I kecik , depan rumah Pak Ngoh ada wakaf. Every morning she will sell all sorts of nasi & kueh for breakfast.


Dinner at my uncle's........


Kids duduk bawah........tak cukup tempat duduk........


Me & my cousin Tini , umur kita sama. MP with Ayoh Ngoh.


Mama with her kakak ipar. Papa with his big brother.


Dalam pukul 11 malam sampai hotel.................lepak!

No comments:

Post a Comment