RUMAH CINTA

Daisypath Anniversary tickers

~ DISCLAIMER ~

Please do note that this is a personal web-log. Views expressed here are of my personal views. Usage of any personal photos & posts are prohibited and are not allow to copy , paste , show & publish any photos & posts taken from this web-log anywhere without my consent & permission. If so I have the rights to render the person , group & in short anyone posting / publishing / showing / pasting / copying them liable to legal action or prosecution. Thank you.

Sunday, September 19, 2010

Round-Round Penang

Hari ni nak round-round Penang , which MP kureng gemor le aktiviti ni.......tambah pulak cuaca panas , panas dek haba pulau pulak.....lagi laa member tak suka. Hmmmm.......tak nak pulak dia bawak kite-kite ni gi holiday ke Hong Kong ke.....Australia ke.....tak le berpanas terik macam ni. Yna dah tanya MP but he said , tunggu adik besar sikit. Terus si Yna mengarok kat I,,,,,katanya apasal pulak dia kena tunggu adik besar baru boleh pergi overseas for holiday????? I said I don't know but actually I know why. Reason MP , dia nak anak-anak tu ingat mana depa pergi. Pergi holiday jauh-jauh tapi tak ingat satu benda. To him it's a waste. Macam few years back when we went to Kuching for our raya hols........Yna can remember yang dia dah pergi Kuching tapi dia lupa yang dia pernah pergi Kampung Budaya Sarawak & dah pernah tengok Gunung Santubung.....tu yang MP tak nak........hmmmm.....he has a point , meaning,,,,,,,,dengan I I sekali tak dapat nak pergi overseas.......sengal jugak.


Pagi ni pergi breakfast dengan Yna & my parents. MP skipped breakfast & Adriel masih tidur lagi. Awal kitaorang pergi , pukul 7:30 pagi dah turun for breakfast. Lepas solat subuh terus ketuk bilik my parents ajak depa pergi breakfast.........malas nak rebut-rebut dengan hotel guests lain. The hotel was fully booked , mostly with tourists from Arab & China *kata front desk*.........Semalam masa we all sampai , 1 bas pun sampai bawak tourist yang sepet-sepet.....dunno from where exactly.


Fast foward , lepas episode 'horror' menangani karenah partner yang tanya I....."ikut jalan mana ni?" "nak pusing kat mana nih?" *macam laa I ni duduk Penang......duhhhh* , terkial-kial I guna peta Georgetown *nasib baik ada sikit bijak part guna map* plus with the help of my memory otak yang mengumpul semua data-data jalan & landmarks of Penang dari zaman I masih menyanyi dulu........we reached to the destination dengan mudahnya walapun kedengaran rengusan-rengusan fed-up kat belah driver.

1st destination - Fort Cornwallis........the last time I was here was in the early 90's. Masa tu buat road tour dengan artis-artis Sony Music,,,,,,Spring , Hasnol , AG , Azreen , Ibnor Riza , Metropolitan , Shalyati *kakak Nurul Ajai*.......ni dah 2010.....kalau I tak ingat jalan pun kira halal laa.....but with this partner of mine , I have to know the way,,,,,,,tambah-tambah lagi it wasn't his call to come here. Hahhhhhhhh............tuhan je tahu.


My reason to come here is for Yna. I wanted Yna to learn a little bit about the nation's history. I hated history when I was in school but visits to historical places later on in life made me get a quick knowledge about the history topics that I passed out during my school days.

Lagi pun dah memang datang sini , just go lah......kalau nak ajak MP pergi jalan-jalan kat Chinatown or Little India ke , melawat tokong-tokong ke......lagi laa MP tak nak....hehehe! Few years ago masa we spent our raya hols kat Penang ni , tak pergi ronda-ronda pulau pun.......


My baby on a baby meriam......


Memang panessssssss.........


I gasak suruh my Papa masuk dalam cell ni.....kecik je tapi boleh bayang-kan siksa-nya prisoners dulu kena kurung dalam cell comel ni.


Hahaha.........semua sekali masuk jail! baru le jadi Jail House Rock!


Yna checking out the spices.......


Rest kejap bawah kolong ni. Adriel minum sebotol air mineral! Panas punya pasal.........Imagine ekk.....kawasan ni sekarang cantek & berjaga......zaman dulu-dulu sure ular penoh......eeeeee......


Ni lah pentas yang I pernah menyanyi dulu dengan artis-artis Sony Music..........
Ehhhh.....sapa pulak bawah pokok tuh?


Layan lagi.......kepala kapal & lock pintu kota....



Around the fort.....


MP tak kuasa nak ikut kita pusing keliling kota ni. He opted to wait for us kat lepak area bawah pokok yang redup ini. Seriously , he didn't follow us at all. Dari kereta , jalan masuk fort and he sat here under the trees. Sikit pun dia tak rasa rugi ke , menyesal ke tak melawat tempat bersejarah ni , korang nak pusing mana pun dalam kota ni pergi lah......nak kata ada semangat 1 Malaysia , setengah Malaysia pun belum tentu lagi.....hehehe! Kita dok sibuk ingat balik siapa residen-residen Inggeris yang pernah datang & mati di Tanah Melayu , MP peduli apa siapa yang datang. Orang tu pun dah mati....tak de kena-mengena dengan dia langsung........hahaha.......that's typical MP lah.


Merah pipi anak I sorang ni.....hehehe!


We got a cool parking spot , betul-betul depan Taman Kota Lama tu , across the road , laut...........


Keluar dari fort MP terus pergi beli drinks & rojak buah. That's when I saw "ROJAK MENJERIT"......hehehe! I pun tanya why name it like that. Katanya , pes rojak dia pedas. Oooooo........patut laa MP kasi rojak tu kat my dad knowing that rojak buah is his fav....hehehe! Extra pedas rupanya. RM3 jerit sikit......yang RM5 mesti terjerit-jerit........hahaha!


Tengok tu , my Papa yang nak kena habiskan rojak buah yang MP beli. MP then bought some nuggests.......makanan budak-budak.....hehehe!


Kakak ni owner Rojak Menjerit tu. She also sells Nasi Ayam Menjerit......katanya kalau bukak internet ada laa page pasal Nasi Ayam Menjerit dia.....


Lepas ni nak pi jalan mana pulak untuk nak naik-kan darah MP? hehehe......



Ajak MP pergi Rumah P.Ramlee...........Yna's a big fan. We're all a big fan. Me & MP dah datang sini masa we co-produced a tribute for P.Ramlee. Memang berkampung 3-4 hari kat Rumah P.Ramlee ni. We were lucky masa tu to have met kawan sebelah rumah P.Ramlee masa zaman dia kecik-kecik dulu. Yang rumah cokelat ni bukan rumah P.Ramlee.......


.........Ni dia rumah dia.....rumah kelahiran P.Ramlee , rumah nenek dia actually.......


Ni gambar pokok pinang......an educational info for Yna. Told her that we're in Pulau Pinang and this is the Pinang tree......OOOOOOOO......katanya......


Suka tengok pokok hutan ni......


Posing.........MP mana?


Dari kita sampai , member lepak sambil hisap rokok kat kerusi ni.......dia dah datang sini , lagi laa dia tak kuasa nak round-round.....serau betul.


We parked kat luar kawasan rumah tu.......time raya ni , gerai-gerai makan kat area ni semua tutup. Kalau tak memang senang sangat nak makan kat area ni...



Thennnnnnn.......I dragged MP to take me to Komtar. Besides nak pergi shopping , nak tunjuk Yna one of the famous landmarks in Penang.......Boleh bayang muka MP? Hehehe! Punya banyak shopping center yang baru & cantik kat Penang ni , I ajak gi shopping kat Komtar.....alah kejap je , saja nak round-round......lepas ni we go to Gurney Plaza ke , Queensbay Mall ke.....mana-mana lah.


Kedai-kedai kat Komtar pun masih banyak yang tutup lagi.......so we walked to Kassim Nasi Kandar. My favourite nasi kandar joint in Penang.......


Dari dulu kalau datang Penang mesti datang makan kat sini. Pernah sekali datang makan kat sini dengan my BIL Kadir years back when we came here during raya hols too.


Tapi........hari ni tak best sikit sebab telur ikan goreng tak de , sayur pun tak de......


Tak pe lah,,,,,,tak de rezeki nak makan telur ikan goreng kat Kassim hari ni. Tempat ni memang penuh......ramai jugak family Melayu yang datang makan kat sini after we sat down.


From where I sat......ternampak Craven Cafe! Yang macam kat Bukit Antarabangsa tu......yes yes yes....the original Craven Cafe.....Nice!


Lepas makan , it's shopping time. Now round round cari shopping centre pulok! I persuaded MP to buy a pair of red Nike AIR.......MP ni conventional sikit. He keeps to the norm. Tak berani pakai yang daring-daring. I suruh dia pakai slacks warna beige pun dia tak nak. To him slacks must be in dark blue or black. Hmmmmm.........Told him for a change......pakai laa kasut yang ada warna sikit. He recently bought kasut Polo tapi warna putih. He has a pair of Nike & Adidas , pun warna putih. Hari tu dia tengok Nike yang dia suka pun warna putih , terus I suruh dia try Nike yang merah ni. Almost RM300 kasut tu , I cakap , once dia pakai kasut yang warna striking ni , orang akan terus tengok ke kasut dulu then work their way up! Unique laa sikit. Akhirnya , dia beli jugak......

I mintak MP belikan perfume , Dior J'Adore........been using it for my night perfume & kalau ada function since 2000 lagi. Ada sebotol kat rumah tapi dah tinggal setengah botol.......almost RM400 per 100ml......Yahoooo.....dia belanja sebotol. Berjaya jugak jadi Jin Notti kejap.....hehehe!


Hahhhhh.......balik hotel , tukar uniform......terus pergi pool.


Ye Atok , ye Yna , ye MP......melayan Adriel dalam wading pool. He loves the water.


Click....click....click.....


Mak......budak.....hehehee!


Bapak......budak......hehehe!


The kids had fun , I had fun , my parents pun OK je ikut jalan-jalan.......MP? Did he have fun? Hahaha........Seriously , I don't know.


Malam MP ajak I pergi area Batu Ferringhi sebab dia nak cari roti canai & teh tarek. Sepanjang jalan kat area Ferringhi tu bukan main banyak kedai makan. Iranian food , Lebanese food , Italian food & etc.......tapi semua tak de tanda Halal. Yang ada tulisan Arab kat kedai -kedai makanan Timur Tengah tu. Tak nampak pulak kedai mamak. We finally went to one Lebanese restaurant and we take a look at the menu. Then asked the waitress if the restaurant is Halal. She answered in her Indonesian slang , yes,,,,,,it's Halal. Hmmmm......MP knew that am not convinced and we walked further up Ferringhi.

Akhirnya terjumpa 1 warong Melayu jual nasi-mee goreng & tom yam. Kat situ ada juga orang India jual roti canai , capati , tosei & etc.......Lepak situ. I nak order yang goreng-goreng tapi punya-lah ramai orang kat warong yang besarnya sekangkang kera tu. Banyak table yang tak dapat makanan lagi. So I decided not to order , minum je. I told MP , I boleh tahan lagi........balik hotel nanti I'll order some heavy supper! MP belasah roti telur & dhal & teh tarek. Tengok roti yang Aci tu buat memang nampak lembut. I told MP that. Bila roti sampai , MP cakap sedap & he asked me to try. I told him kalau Mamak yang buat , I makan. He understood.

After that we jalan-jalan at the nite market........beli souvenirs sikit.....beli hairclips for myself.....and of course some DVD cetak rompak......RM4 sekeping , sekali tengok......layan je lah.


Balik bilik , Adik Mok dah tidur........Yna tidur kat bilik nenek dia. Sebelum tinggal-kan parents & anak-anak tadi , I dah order-kan room service for them. Now it's my turn. I had a plate of spaghetti bolognaise , MP had a bowl of Hokkien Noodle Soup. We also shared a juicy beef burger lagi..........lapar giler. Mau tak lapar.......tadi berjalan 1km lebih upwards Batu Ferringhi,,,,,then balik 1km lebih downwards Batu Ferringhi to the car.

Lepas makan , solat Isyak...........tidur!

No comments:

Post a Comment